IKLAN

UPDATE: Assalamualaikum, selamat singgah ke blog saya, diari pagi, blog yang baru dan segar lagi, saya amat berbesar jika anda sudi share entri saya di facebook anda, TQ dan terus support ;)

Monday, October 25, 2010

Hari Ketujuhbelas : novel cinta tak suka tak apa bahagian satu


HI, salam isnin, dah dua hari aku tak update blog, maklumlah internet kat kawasan rumah aku ada gangguan, mungkin esok lusa oklah tu, sempena tu, aku ada buat novel, dan novel ni sekadar suka-suka saja. dan aku ni sebenarnya lelaki, kalau korang ingat aku pompuan, memang salahlah, laki pun buat novel? buat.haha..

ok, ceritanya semua dalam fikiran aku, cuma aku bahagikan bahagian-bahagian, kira macam sambungan lah, dan aku akan update selalu, insyaAllah kalau dizinkanNya masa.. jadi aku harap korang suka baca novel pertama aku, dan aku newbie dalam novel ni, tak pro pun, malah lebih banyak kekurangan, kalau korang nak komen, komenlah yer.. selamat membaca =)

watak-watak

kamal -
intan-
sofia-
jamil

suasana di pejabat syarikat sinar berjaya
sdn bhd agak gempar dengan kes peletakan jawatan
kamal..seorang pekerja yang amat dihormati dengan prestasi kerjanya yang cemerlang dan dia masih muda berumur 26tahun. berwatakan
menarik dan berkulit hitam manis.

Benarkah apa yang saya dengar dari kamu ini, kamal?
tanya bosnya dengan terkejut bercampur kehairanan
malah wajah bossnya nampak seperti kecewa.
mungkin kerana kamal adalah
orang yang penting buatnya dan syarikatnya.

Betul en nasir, saya dah buat keputusan muktamad.
mulai hari ni, saya meletakkan jawatan yang selama 2 tahun 6 bulan
saya pegang ni.jawab kamal dengan nada series.

dan saya ucapkan terima kasih banyak kerana boss
begitu banyak membantu saya dalam kerja saya. ujarnya lagi.

Kamal, kamu seorang pekerja yang rajin.
saya baru sahaja mahu naikkan pangkat kamu dalam beberapa bulan lagi.. tetapi
begini pula jadinya. bossnya sedikit kecewa.dan terus diajukan soalan yang mungkin berat untuk kamal menjawabnya.
adakah ini semua disebabkan sofia?

lantas, kamal menjawab dengan nada yang bunyinya agak perlahan..tidak bos. lalu pandangannya sayu
memandang bossnya, nasir. maafkan saya, sebenarnya peeletakkan jawatan
ini bukanlah atas sesiapa, tetapi buat diri saya sendiri
boss..lagipun, saya ada hal nak uruskan di rumah orang tua
saya nanti, en. nasir.

agak seminit dua, suasana diam seketika, dalam diam itu bossnya iaitu nasir
dengan tiba-tiba mengeluarkan sekeping cek dan terus menulis di atas cek itu..

kamal, jasa kamu berbakti pada syarikat ini
amat berharga sekali, jarang saya jumpa pekerja yang bagus seperti kamu. sekalipun kamu ingin
meletak jawatan, terimalah cek yang ikhlas
daripada saya ini, ujar bossnya.

terima kasih sajalah boss, selama ni saya ikhlas
bekerja dengan boss, cukuplah pengalaman
yang berharga di syarikat ini, kamal menolak
dengan bibirnya sedikit senyum. wajahnya seperti kasihan pun ada juga.

ambiklah, kamal, saya ikhlas. balas bossnya dengan
wajah yang mengharap.

lalu, kamal terima juga dengan rela hati cek pem
berian bossnya itu, dan tertera nilai yang
amat berharga juga rasanya.

kemudian, selepas selesai kamal dan boss nasir berbincang
mengenai perkara itu, kamal pun keluar dari bilik
boss dengan diam dan wajahnya seperti tersimpan seribu rahsia.

hei, kamal. kami dengar kau nak berhenti. kenapa kau nak berhenti kerja ni.
dengan sapa aku nak melawak-lawak lagi? tanya
rakan sepejabatnya, imran.

dan di sambung pula dengan si kaki sibuk,kerani syarikat tersebut, rita.
ha'ah lah kamal, kalau kau pergi tinggal kitorang, siapa nak belanja kitorang makan lagi. kau tak sayang kami lagi?

Di sudut hujung pejabat pula, terletak sebuah meja, di atasnya bermacam2 fail yang tersusun rapi, dan yang menduduki tugas
tersebut adalah seorang yang berwajah ayu, berkulit cerah, perwatakan menarik dan boleh dikatakan dia sering dipuji
oleh sesiapa yang mengenalinya akan kecantikan rupa parasnya. dia ialah sofia.. nama yang disebut oleh boss nasir tadi, adakah
ada kaitan diantara dia dan kamal?

No comments:

Post a Comment