IKLAN

UPDATE: Assalamualaikum, selamat singgah ke blog saya, diari pagi, blog yang baru dan segar lagi, saya amat berbesar jika anda sudi share entri saya di facebook anda, TQ dan terus support ;)

Wednesday, October 20, 2010

Hari Ketigabelas : Buat Duit Online Di Internet


Selamat pagi.. hari ini aku datang ke tempat kerja dengan menaiki bas, sebelum ni aku datang dengan motor, tetapi malangnya motor aku rosak semalam, tak sempat lagi nak repair, lama jugak aku tak naik bus, bila naik rasa seronok pulak.. hehe. Apapun kalau korang nak pergi mana-mana dengan menggunakan motor atau kereta korang, lori ke atau apa saja alternatif kenderaan korang, seelok-eloknya buat lah servis untuk kenderaan tersebut, bukan apa, supaya perjalanan korang terancang dan selamat, boleh elakkan kemalangan dengan buat persediaan awal dengan servis kenderaan anda, buat pengetahuan korang, aku hampir-hampir kemalangan akibat motor aku semalam, tiba-tiba motor aku stuck, terus aku terlompat dan semestinya jatuh ;) alhamdulillah aku ok dan selamat. Jadi berhati-hati semasa di jalan raya ya!

Ok, kita terus ke tajuk utama entri ini, buat duit online di internet! Yang gambar tu bukan duit aku tu, hehe. Aku ceduk dari google ajer.. Aku mula-mula kurang percaya buat duit dengan internet ni, sungguh, sumpah aku tak tipu. Tetapi, ramai orang kita dah berjaya menjana pendapatan di internet dengan berniaga dan memasuki program-program internet.. Ini membuatkan aku pun ingin berjaya seperti mereka.. mereka boleh, kita juga boleh ;) dedikasikan dan cekalkan diri untuk terus mengapai kejayaan..

Di malaysia, rata-rata blogger mesti kenal apa itu nuffnang? apa itu southsays? Buat newbie.. Program ini membayar ahli nya dengan cara diorang sendiri, jika korang ada blog dan belum daftar, seeloknya cuba dahulu, jika korang nak tahu, program ini bukan scam atau penipuan, tetapi seriesnya ia adalah salah satu penjana pendapatan kita di internet ini.. Nuffnang membayar blogger dengan syarat kita meletak iklan di blog kita, dan hasil daripada iklan di klik, kita akan dapat earning tersebut, ia mudah sekali. Jika hits atau trafik tinggi di blog kita, insyaAllah mudah mendapat earning ;) Manakala southsays pula membayar kita dengan survey-survey dorang sediakan dan promote link advertiser dorang.. kita boleh promote link dorang melalui facebook ( ini paling terbaik jika korang ada ramai kawan), twitter ( bagus juga) dan lain-lain caranya juga..

Ada pelbagai lagi program di internet, tetapi sebelum korang join apa-apa program, sebaik-baiknya korang tahu latar belakang syarikat tersebut dan siapa ownernya, ini supaya bimbang korang akan ditipu, jika program percuma tidaklah mengapa berbanding dengan bayaran, korang tak kehilangan duit, tetapi masa yang korang laburkan hanyalah sia-sia, yang pasti korang kena buat penyelidikan dulu, boleh juga melalui google, hanya taip nama program dan diikuti dengan perkataan scam di belakang nama program tersebut, jika korang berpuas hati dengan program tersebut, baru lah korang join, ini pendapat aku sahaja..

Ada macam-macam lagi cara korang buat duit online di internet, jual e-book, jual barang, dan lain-lain, entri ini hanyalah pandangan aku sahaja, jika korang ada idea yang lebih baik, atau jika korang nak letak program yang boleh aku join sekali, sila info aku ya, terima kasih dan selamat maju jaya, mari kita sama-sama buat duit di internet ;) yang pentig kita perlu rajin dan berusaha, bagai menuai padi, hanya tunggu padinya membuahkan hasil...

2 comments:

  1. Betul2, cuma biarlah berpada-pada. Blogging tu blogging gak, benda lain buatlah sama. Sebab sekarang ni pekerja yang dok ber FB, ber Twitter, je tapi kerja tangguh2, pelanggan dok tunggu pun leh wat tak tau.

    ReplyDelete
  2. Saudara.. sebenarnya saya juga termasuk dalam situasi tersebut, hehe.. tapi betul kata saudara, sebenarnya beronline tu boleh tetapi ada waktunya.. seelok-eloknya jangan beronline di waktu bertugas, bukan apa.. takut prestasi kerja kita menurun di mata boss kita sendiri.. sebab kerja tak siap, asyik beronline ajer, hehe.. ;)

    ReplyDelete