Di pagi jumaat yang mulia ini, tergerak hati untuk membuat blog baru. Jika korang nak tahu, aku ni langsung tak terkenal dalam dunia blog, aku memang tak terkenal pun. malah orang nak pun mesti tak tahu kewujudan blog ini. Baiklah, buat permulaan biar aku kenalkan diri aku dulu, korang boleh panggil aku mr-d. aku orang malaysia. haha, apanya intro! sorry kalau aku punya intro pendek sangat. Harap korang tak marah aku dan ceria di pagi yang mulia ini, pagi jumaat.
Bestnya hari ni, aku dapat gaji yang untuk kali ketiga semenjak aku bekerja dengan sebuah syarikat swasta di penang baru-baru ini. Pekerjaan aku sebagai artis graphic saja, gaji pun alhamdulillah cukup makan, bersyukur dengan apa yang Tuhan rezekikan =) Baru pagi tadi aku bank-out duit gaji aku, dengan duit itu aku pun terus pergi market, beli ikan,sayur, terung, cabai melaka ( sebab aku suka makan sambal ) dan aku suruh mak aku buatkan sambal belacan XD sedap sangat kalau makan dengan nasi berlauk kuah kari ikan. nikmatnya tak terkata. fuh sedapnya... hehe, korang terliur tak? kalau tak, takpalah, baguslah, kalau terliur tu, dapatkan hari ni jugak sambal belacan tu, memang sedap tak terkata bagi peminat tegarnya lah =P
Duit gaji aku dah kasi kat mak aku RM250, ayah aku dapat RM100, adik aku, aku kasi dia RM10, Paksu aku, aku sedekah RM2 buat beli rokok.hehe. Aku kalau dapat gaji aku suka memberi, kalau ada duit lagi banyak, untunglah siapa yang dekat dengan aku, aku bagi!
Hari ni, aku berblog di ofis, disebabkan Boss aku selalu masuk pukul 11pagi, jadi aku buatlah satu post untuk blog baru ni. Aku sebenarnya sedang mencabar diri aku sendiri semenjak aku terbaca entri dari earncent.com/blog/com/blog yang mengatakan cadangan untuk berjaya menjadi blogger mesti menjalani satu ujian blog selama 3 bulan.ya aku menyahut untuk diri aku sendiri dengan menulis blog setiap hari bermula dengan hari ini dan terima kasih tak terhingga buat pemilik blog tersebut banyak memberi aku inspirasi dan semangat tanpa disedarinya untuk aku sendiri mengembara ke dunia blog ni. sekarang aku hanya seorang, mungkin 1hari nanti aku akan berjaya pada diri aku sendiri, perasaan yang tak dapat aku luahkan melalui blog, aku ingin melihat aku sendiri berjaya seperti blogger lain.
P/S : Panjang jugak celoteh aku pagi ni =)
No comments:
Post a Comment