IKLAN

UPDATE: Assalamualaikum, selamat singgah ke blog saya, diari pagi, blog yang baru dan segar lagi, saya amat berbesar jika anda sudi share entri saya di facebook anda, TQ dan terus support ;)

Friday, October 8, 2010

Hari Kedua : Perut aku sakit

Korang pernah sakit perut tak? Soalan ntah apa-apa.haha.. start dari semalam lagi perut aku meragam, terasa keperitan di perut aku ni. Sehingga pagi ini, selepas aku menjamu selera di restoran nasi kandar di area tempat kerja aku, dengan menjamu nasi berlauk ikan berkuah kari,perut aku lagi sekali meragam, aduhhh... mengeluh aku. Dah lama aku tak sakit perut macam ni. Seingat aku paling lama pun dalam 2-3 tahun dulu..agak-agak lah, tapi entah betul entah tidak. memori aku bukannya kuat mana pun..

Aku dapat agak kenapa aku sakit perut? ini mungkin disebabkan aku pengambilan makan sambal belacan semalam lah. Banyak sangat.haha.. sedap punya pasal lah ni.hehe. Jadi aku nasihat kan untuk diri aku dan korang, kalau makan tu biarlah sederhana. jangan jadi cam aku, makan dengan melampaunya sambal itu. :p

Itu salah satu masalah aku di pagi sabtu ni, hari ni aku kerja separuh hari, balik pukul 2PTG dan aku takda plan lagi, hmm.. nak buat apa agaknya ya. Hari sabtu ramai orang keluar pergi berjalan, shopping, jumpa kawan, singgah saudara mara, dan macam-macam lagi aktiviti yang akan berlangsung pada hari ni. Harap korang ceria dan bahagia ya. =)

Lepas ni, aku perlu siapkkan tugasan yang tertinggal kelmarin sewaktu aku hampir pulang ke rumah, mungkin boss aku tegur mesti siapkan dengan segera. Aku akan buat yang sedaya lah, aku nak jaga prestasi kerja aku. Biar boss nampak kesungguhan aku dan semangat aku untuk bekerja. Harap-harap begitulah..

Hari ini jugak, aku teringat kisah aku mencuri makan di pasaraya. Ya aku pernah mencuri.. mencuri makan, tabiat ni dah lama terjadi kat mana-mana pasaraya. Bila dah takda orang tengok, mula lah pilih makanan yang mahu, macam gula-gula,asam, makanan-makanan yang simple.. semua ini terjadi di tempat kerja lama aku dan aku ingat nak bayar duit pada pemilik pada makanan yang dijualkan tersebut. Aku insaf dengan diri aku sendiri, aku harap korang pun tak jadi macam aku. Aku berdoa sebelum aku meninggalkan dunia ini, aku dapat langsaikan hutang-hutang aku dengan sesiapa saja yang aku buat selama ini amin...

p/s : Kadang-kadang manusia alpa dengan perbuatannya sendiri.. semoga kita tidak tergolong di kalangan orang yang lupa halal dan haram disisi agama islam...

No comments:

Post a Comment