Korang pernah berhutang? Dalam dunia memang orang banyak berhutang. Paling dasyat hutang dengan Along sampai kehidupan pun rasa tak selamat. Kalau boleh korang digalakkan jangan berhutang, bukan apa, aku dah alami situasi di mana gaji aku habis kat hutang aja. Sehingga kan nak makan pun orang belanja, sebab duit takde.. duit ni penting untuk kehidupan kita, tak dapat nak elak dari beli makanan yang kita perlu, satu lagi makanan sekarang mahal sangat..
aku senaraikan hutang aku:
Hutang motor
Hutang kawan
Hutang perabot
Hutang Tv
Hutang Mesin basuh
tv dan mesin basuh aku hutang demi aku dan famili aku, sebabnya tv kitorang dan mesin basuh dah rosak dalam waktu yang lebih kurang sama, terpaksa ambil hutang, nak beli cash time tu takde duit.. so terpaksa lah..
perabot pulak aku sendiri ambik, meja dan katil untuk kegunaan sendiri, tahun ni insyallah habis.. harap2 cepat habis hutang aku
hutang dengan kawan aku lak, waktu tu aku sengkek, takda duit, so kawan baik aku bagi aku pinjam.. lama jugaklah.. baru nak bayar balik.hehe... ya, kadang2 manusia buat lupa dan pelupa.. jgn ikut macam aku ek!
hutang motor, tahun ni jugak hutang motor lagenda aku tamat. alhamdulillah.. lepas ni kurang skit beban hutang aku..
kalau korang berhutang, segera habis kan, sebab benda ni semua buat korang tekanan, kalau tekanan, ambik wuduk, slalu bersolat semoga hati kita sentiasa tenang.. insyallah.. aku pun bukan pandai bab agama, tapi kena amik tahu jugak. wajib sebagai orang islam..
kesimpulannya, kalau boleh jangan berhutang, kuncinya kesabaran.. kalau kita nak beli sesuatu, biarlah cukup duit dan mampu, jangan kita hutang barang yang tiada kepentingan buat kita dan menyusahkan diri kita sendiri..
pagi ni hari isnin, semoga kita ceria dan bahagia.. aku nak mula start kerja. dan skali lagi kali ni aku kat office jugak.. terasa aman aje.hehe...
No comments:
Post a Comment