IKLAN

UPDATE: Assalamualaikum, selamat singgah ke blog saya, diari pagi, blog yang baru dan segar lagi, saya amat berbesar jika anda sudi share entri saya di facebook anda, TQ dan terus support ;)

Tuesday, October 12, 2010

Hari Keenam : Keselamatan Diri

Selamat pagi, hari ni hari rabu, korang takda aktiviti ke mana-mana? Aku baru masuk office, baru nak start kerja, tapi sebelum aku start, aku nak siapkan blog ni dulu. Sempat jugak aku berblog =p

Cuba tengok tajuk di atas tu? Ianya terilham daripada fikiran aku yang pada pagi tadi aku ternampak seorang polis, lalu terfikir pula nak buat blog yang bertajuk di atas, ok mari kita mulakan!!! ;) Pagi mesti kena semangat, tetapi sebelum tu korang dah sarapan pagi belum? kalau belum, pergi makan dulu, kalau sudah, alhamdulillah, syukran2.. ahaks. Jaga kesihatan diri juga ye..

Keselamatan tempat kerja,

apabila korang mulakan kerja, mula lah dengan berhati-hati.. buat pekerja kilang tu, hati-hati menggunakan mesin, dengar cerita dan gamba-gambar yang wujud daripada kemalangan di kilang-kilang amatlah ngeri sekali. Jadi kalau boleh, jauhi dari kemalangan tersebut dengan berhati-hati menggunakan mesin atau barangan lain seperti tangga dan korang kena waspada pada benda-benda yang boleh merbahayakan diri korang..

Keselamatan berOnline

Korang kalau main facebook, atau myspace atau seumpamanya lah, perlu menjaga keselamatan diri juga, bimbang jikalau wujud sekolongan manusia yang nak ambil kesempatan atas maklumat yang korang utarakan.. seperti maklumat peribadi korang seperti gambar dan lain-lain Jadi hati-hati bila bersosial di internet..

Keselamatan Diluar

Bila korang keluar rumah hendak kemana-mana, untuk langkah yang baik perlu bawa seorang buat peneman korang seperti kawan, famili dan lain-lain. Elakkan berjalan sorang-sorang di waktu malam, sekarang banyak cerita yang sungguh tak disangka dan tak boleh diterima kita dengan banyaknya kes rogol, penculikan.. rompak dan lain-lain. Biar ada kawan takpa!

Keselamatan Dirumah

Kunci pintu rumah sebelum tidur, kadang-kadang pencuri pun makin bijak dari zaman ke zaman, jadi kita pun perlu bijak menanganinya. Ambil langkah dengan membuat lebih selak pintu, kalau boleh buat lebih dari satu, ini keselamatan lebih terjamin, dan berhati-hati dalam penggunaan isi dalam rumah seperti dapur memasak, seterika, wayar eletrik dan sewaktu dengannya :)

sebenarnya kita hidup mesti berhati-hati kerana dunia ini penuh dengan macam-macam manusia, yang ada macam-macam niat, siapa pun tak sangka benda-benda yang tak elok akan terjadi, kalau boleh kita cuba jauhkan daripada terjadinya sesuatu yang tak diinggini...

No comments:

Post a Comment