IKLAN

UPDATE: Assalamualaikum, selamat singgah ke blog saya, diari pagi, blog yang baru dan segar lagi, saya amat berbesar jika anda sudi share entri saya di facebook anda, TQ dan terus support ;)

Wednesday, October 13, 2010

Hari Ketujuh : Kesihatan dan Kebersihan Diri

Korang sihat? Kalau sihat bagus! Tadi pagi, aku ke restoran mamak seperti biasa, tiba-tiba pulak restoran tu tutup terus, aku sempat jugak tengok dorang mengemas-gemas barang-barang untuk dikeluarkan, kenapa tutup restoran tu?! Tidakkkkk!! Aku suka makan kat situ, pasni terpaksa aku bersarapan di restoran lain pulak...

OK,kita lupakan kisah pagi tadi aku tu dulu, kita terus ke tajuk diatas ya. ok, sebenarnya kesihatan penting buat kita, kerana jika kita tidak sihat bermacam-macam dengan penyakit, kita tidak dapat untuk beraktiviti di rumah dan di luar. Sekiranya kita sihat, bersyukurlah atas hendakNya..

Buat yang kuat makan tu, nak makan banyak boleh, tapi biarlah mengambil makanan yang kurang gula, kurang kolestrol.. cuba ambil makanan yang memberi kebaikkan pada kita seperti banyakkan makan sayur, buah buahan dan seumpanya yang memberi kita kesihatan yang lebih baik. Kurang kan gula itu penting! Elakkan jangan ambil selalu.

Bila mandi tu gunalah sabun, guna sebaik-baiknya pembersih badan, ianya dapat menghilangkan kotoran dan menjauhkan kuman, kalau mandi tak guna sabun, guna air saja,boleh menjejaskan tubuh badan terumatanya kulit.. kulit akan kusam dan sebagainya..

Jadi, kebersihan dan kesihatan penting untuk kita semua, kita akan lebih bersemangat apabila tubuh kita bersih dan sihat. Tampil lebih yakin dan berseri-seri. Elakkan penyakit dari merawatnya.. Tetapi jika kesihatan kita terjejas walaupun kita menjaganya.. sesuatu yang berlaku adalah atas kehendakNya.. Semoga kita sihat dan ceria selalu ya.. salam hari khamis semua.. aktifkan diri dengan gaya hidup yang sihat! ;)

No comments:

Post a Comment