IKLAN

UPDATE: Assalamualaikum, selamat singgah ke blog saya, diari pagi, blog yang baru dan segar lagi, saya amat berbesar jika anda sudi share entri saya di facebook anda, TQ dan terus support ;)

Sunday, October 17, 2010

Hari Kesebelas : Bina Blog

Tujuan aku menulis entri kali ini untuk memotivasikan diri aku sendiri dan sesiapa saja yang sudi  membaca entri ini.

Bina blog sememangnya mudah, hanya daftar melalui blogger dan wordpress, serta-merta blog  korang di create. Tetapi isi kandungan itu penting, jika isi kandungan sesuatu blog itu berkualiti, akan ramai visitor datang melawat.. sebaliknya, jika blog korang berentrikan sesuatu yang tidak menarik, pasti kurang visitor di blog tersebut... yang kita mahu visitor tetap blog kita! ya, kita boleh buat sebab orang lain boleh buat. Jangan patah hati atau putus asa.. cuba, cuba dan terus mencuba!

Sebenarnya, untuk bina reputasi blog, kita perlu maintain, dengan sentiasa mengupdate blog serta sentiasa bersahabat dengan blogger lain, ini penting untuk naikkan nilai blog kita.. kita boleh bina reputasi kita dengan melawat blogger lain, memberi komen, komen di forum dan lain-lain cara lagi..

Yang aku nak bercerita adalah keyakinan korang down apabila blog yang korang buat, tak ramai visitor, takda income, malah entri korang tak update atau tak tahu nak update topic apa.. Jangan rasa blog korang takda masa depan, sebab korang lah yang create masa depan blog korang tu, ianya bergantung pada diri kita sendiri, setiap manusia ni berbeza-beza dan unik, begitu juga blog kita, orang tak melihat pada yang sama, tetapi pada keunikkan blog kita, Maknanya kita blog style kita, yang unik dan berkualiti..

Untuk yang korang tak tahu nak update topic apa, korang kena selalu banyak membaca, ini untuk skill menulis korang meningkat sebab pengetahuan korang dah meluas apabila banyak membaca buku-buku atau segala bentuk bacaan.. penting untuk meningkatkan keyakinan.. Korang boleh membaca suratkhabar, majalah, komik, majalah apa pun, yang penting memberi maklumat dan pengetahuan berguna buat korang! Sambil-sambil tu korang boleh melawat blog lain untuk menceduk idea bagi melahirkan blog korang sendiri yang berstyle korang..

Ada lagi banyak aku nak type, nanti aku sambung lagi, sekarang aku nak fokus kerja, sebut tentang fokus, blogger mesti sentiasa fokus dengan isu semasa juga.. supaya kita tidak ketinggalan di dalam dunia yang makin maju dan berteknologi.. yang mana dunia sentiasa berubah-ubah dengan idea yang baru..

No comments:

Post a Comment